drhalimahali

Pernahkah wewenang Malaysia merancang kualiti ilmuwan termasuk agamawan?

In Uncategorized on May 11, 2012 at 8:06 am

HARI PEKERJA disambut saban tahun. Apabila negara luar menyambut HARI PEKERJA atau LABOUR’s DAY pada tanggal 1Mei. Sudah tentu negara Malaysia akan ikut menyambut. Apa yang tidak kita sambut mengikut trend yang di pelopori oleh orang lain. Tidak salah mengikut yang baik. Beri sokongan yang baik. Bahkan patut memberi sokongan perkara baik yang memberi manfaat dan mengurang mudharat kepada umat manusia….

Namun setelah hampir 55tahun merdeka sepatutnya minda warga Malaysia sudah jauh ke depan dan mampu bukan sekadar pengikut trend tetapi mampu melonjakkan paradigma ke tahap yang lebih maju dan mempamerkan jati diri. Malaysia sepatut menjadi trend SETTER. Malaysia sepatutnya boleh meneraju bukan sentiasa diteraju oleh acuan penjajah silam mahupun penjajah moden bersifat siber, budaya dan peluntur identiti diri bangsa.

   Kenapa tidak Malaysia melahirkan satu budaya maju yang bercirikan kepelbagaian tetapi mampu dikemudikan oleh kerangka tauhid yang murunah bersifat inklusif sebagai terjemahan rahmatan lil ‘alamin yang tertera jelas dalam manual induk rujukan utama insan untuk kejayaan hidup dunia dan akhirat? Bukankah itu yang akan menjamin kemakmuran dan keharmonian? Bukankah itu yang akan menjulang martabat insan ke tahap yang sewajarnya?
    
       Tidakkah itu yang dimahukan para pekerja bergelar modal insan, yakni sumber tenaga yang mempunyai roh dan akal selain jasad yang nampak dan mampu bekerja? Bukankah insan yang diterima sebagai pekerja atau modal insan ini pelaburan paling utama dan kritikal untuk menjayakan mana-mana keusahawanan, perniagaan atau apa sahaja usaha untuk mendatangkan hasil pendapatan kepada organisasi atau syarikat.
Ya, memang mesin yang mahal dan canggih dan terkini adalah modal yang penting dan boleh berkeupayaan untuk memberi pulangan besar kepada peniaga.Namun peralatan dan segala modal yang bersifat fizikal semata-mata perlu digunakan dengan berkesan dan cekap oleh manusia yang berbekal sifat keinsanan. Sifat keinsanan yang digilap dan segar bugar akan menghasilkan produktiviti yang diidamkan. Sebaliknya manusia yang terhakis sifat keinsanan akan dijangkiti penyakit kehaiwanan yang boleh merugikan pengusaha dengan sikap dan tabiat yang mampu merosakkan modal mesin/ jentera peralatan justeru merugikan si peniaga.

Seperti mesin dan peralatan perlu ada penyengaraan/maintenance untuk mempastikan sistem berjalan dengan lancar. Perlu diservis berkala.Perlu dijadualkan dengan sengaja dan diperuntukkan masa dan kos. Manusia sebagai makhluk paling sofistikated dan kompleks yang dicipta oleh AL KHALIQ sudah tentulah memerlukan perancangan khas untuk mempastikan dirinya boleh berfungsi dengan baik dan produktif.
  Insan yang mempunyai elemen fizikal memerlu tuntutan fizikal seperti makan,minum, pakaian, tempat tinggal. Ia memerlukan akal yang diserviskan dengan input yang baik dengan membaca, berdiskusi, majlis ilmu dan pemerhatian alam serta masa untuk mengintegrasikan segala insiden dan pengalamannya untuk melorongkan dirinya ke sesuatu arah yang terfokus.

Begitu juga dengan elemen spiritualnya yang menjadi ‘power house’ atau penjana kekuatan sekira dikembang dan dibangunkan dengan prosedur yang betul.Inilah yang boleh menjadi sesorang itu berjaya mencapai tahap pencapaian luar biasa atau hanya mediocre. Inilah kunci kepada keuntungan maksima sesbuah syarikat atau organisasi kerana sifat amanah, berintegriti, berjiwa besar dan futuristik serta akhirat-sentrik akan membawa arus kemajuan dan pembangunan .

Inilah yang menjadi fokus dan asas formula pembangunan modal insan kerajaan Selangor S.P.I.E.S

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: