drhalimahali

HADIAH RM1000 anak masuk IPT KERAJAAN SELANGOR

In Uncategorized on May 19, 2012 at 8:18 am

 SEPANG
18.5.12
JUMAAT

Kerajaan Selangor teruskan agenda bertemu dengan pegawai  kerajaan di semua jabatan dan agensi kerajaan, Penghulu, JKKK, ahli majlis , pimpinan masyarakat dan rakyat jelata.

Hari ini, kerajaan Selangor diketuai oleh YAB Dato’ Menteri Besar bersama beberapa EXCO membuka ‘pejabat bergerak’ dengan mendengar segala aduan rakyat.

Rakyat berbilang bangsa dan lapisan masyarakat datang bertemu dengan MB dan EXCO yang turut disertai jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.

Di antara EXCO yang hadir bertemu rakyat sepanjang hari itu ialah EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Hjh Halimah Ali yang dikunjungi oleh semua jenis sekolah: SMK, SAR, SJKT dan majlis ringkas penyerahan cek bantuan baikpulih kepada SAR dan SJKC juga telah dihulurkan oelh YB Dr Halimah dengan disaksikan oleh MB dan EXCO yang lain.

Pada sebelah malam pula, penyerahan cek bernilai RM1000 kepada pelajar yang berjaya berdaftar dengan IPT daripada pendapatan rendah telah diserahkan kepada 13 pelajar terbaru yang diluluskan.

Ini adalah insentif kepada pelajar yang diterima melanjutkan pelajaran mereka ke IPT agar terus komited dengan pembelajaran mereka bagi mempastikan mereka bebas daripada kongkongan kemiskinan yang selama ini diwarisi oleh keluarga mereka.

Kerajaan negeri telah melabur RM3.45 juta untuk memberi tuisyen rakyat percuma calon SPM sejak 2009. Dengan kejayaan dalam SPM mereka boleh meneruskan pengajian di IPT. Hadiah IPT ini bertujuan untuk memberi mesej yang jelas sebagai pengukuhan positif kepada mereka untuk terus cemerlang hingga tamat pengajian.

Kerajaan Selangor yakin dengan pelaburan sistematik terhadap pendidikan merupakan pelabauran berbaloi jangka panjang untuk membasmi kemiskinan dan menjamin kualiti hidup generasi Selangor akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: