drhalimahali

AMALNITA tonjolkan wanita cekal berjasa dan beramal kebajikan sebagai ikon masyarakat

In Uncategorized on May 23, 2012 at 5:38 am

Isteri bekas tahanan ISA terima anugerah

Khaulah Azwar, 22 Mei 2012
SHAH ALAM: Kesetiaan dan kesabaran Norlaila Othman menuntut pembebasan suaminya Mat Sah Mohd Satray yang pernah ditahan selama lapan tahun lalu di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhartian Amalnita.

Beliau yang diberikan Anugerah Isteri Setia merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.

(Gambar: Dr Halimah dan Husin bersama penerima anugerah daripada Amalnita.)

Norlaila berkata, walaupun suaminya dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta kejam tersebut.

“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika ditemubual.

Anugerah itu merupakan penghargaan daripada Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang  disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden Amal, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran Amalnita di Kompleks PKNS, di sini kelmarin.

Selain pelancaran Amalnita, majlis itu turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan pada masa akan datang.

Selain Norlaila, warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.

Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.

Wanita gigih itu membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: