drhalimahali

Kerajaan Selangor agih bantuan pendidikan RM7,832,000 FASA 1 2012

In Uncategorized on May 25, 2012 at 5:51 am

 SHAH ALAM
24.5.12

EXCO Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapannya menyatakan bahawa perancangan jangka panjang membangun Selangor untuk menjadi satu negeri yang idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan adalah memberi perhatian serius kepada hal ehwal pendidikan.
Segala yang dirancang mengambilkira
 pembangunan insan yang berkesan. Pendekatan holistik merangkumi tumpuan kepada menyediakan prasarana yang mencukupi agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan efektif.Guru pula perlu mempunyai ilmu dan kemahiran mengajar dengan cara yang mampu menghasilkan pelajar yang berjaya menguasai subjek pembelajaran.
 Sekolah juga sepatutnya mampu mewujudkan budaya ilmu, budaya insan bersyakhsiyyah dan mempunyai kepedulian sosial yang tinggi dan berkemahuan melahirkan tamaddun agung di Selangor. Inilah yang mahu dilahirkan dalam generasi insan di Selangor . Justeru pelaburan dalam pendidikan dikira sangat berbaloi oleh kerajaan Selangor.

 Mulai 2009, kerajaan Selangor telahpun memperuntukkan RM6 juta untuk sekolah agama rakyat(SAR), RM4 juta untuk SJKC, RM4juta SJKT. Majlis penyerahan cek kepada ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut hadir EXCO-EXCO dan Speaker Dewan Negeri Selangor serta pimpinan masyarakat dan Wakil Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: