drhalimahali

POLITIK DENDAM aka POLITIK RIMBA

In Uncategorized on June 8, 2012 at 7:37 am

Sekat pinjaman PTPTN tindakan politik dendam

Khaulah Azwar,  harakahdaily   07 Jun 2012

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) adalah tindakan tidak professional dan mengamalkan politik dendam.

Katanya, sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Khalid wajar memikirkan nasib pelajar yang rata-ratanya adalah miskin bandar dan tidak berkemampuan.

“Kalaupun Khalid tidak bersetuju dengan kerajaan negeri untuk hapus PTPTN sekiranya menang dalam PRU13 nanti, Khalid tidak patut beri tekanan kepada pelajar pula,” katanya selepas Mesyuarat Tunas di bangunan SUK, di sini hari ini.

Hadir pada mesyuarat itu ialah Pegawai Penasihat Dasar, Datuk Latifah Hassan, Setiausaha Kanan Exco Pendidikan, Azmi Talib, Wakil Persatuan Tadika Islam Selangor,  Ruzita Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan pusat  telah menjelaskan bahawa PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan.

Tambahnya, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri.

Ujarnya, kerajaan negeri tidak mahu pelajar dijadikan mangsa politik pihak tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: