drhalimahali

APAKAH BAKAL MENIMPA PEMBELI SAHAM FELDA

In Uncategorized on June 16, 2012 at 2:42 am


Harga saham FGVHB setelah diapongkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah,

  • Pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook.
  • Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.
  • Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.
  • Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan.
  • Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan.
  • Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) – berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.

Analisis selanjut di SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: