drhalimahali

Selamat Hari Bapa……Bapa tunggak generasi idaman

In Uncategorized on June 17, 2012 at 8:17 am

 Pengkalan Batu
DUN SELAT KLANG
16.6.12

DUN Selat Klang meraikan Hari Bapa untuk mengiktirafkan pengorbanan dan jasa para bapa yang selalunya dikesampingkan atau ‘take for granted’.
Natijah daripada segelintir para bapa yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebajikan anak dan isteri, majoriti bapa yang bertungkus lumus dan ikhlas memberi makanan yang halal dan tempat tinggal dan pakaian serta memikirkan tentang keselamatan dan masa depan keluarga jarang diambil tahu oleh masyarakat.

 Susah payah, titik peluh dan pengorbanan rasa/perasaan serta mengambil pelbagai risiko untuk mempastikan kesinambungan hidup keluarga ditahap yang memuaskan juga jarang disebut.

Maka amatlah wajar tindakan terpuji biro HAL EHWAL WANITA(HALWA) DUN SELAT KLANG memberi nafas segar kepada kaum bapa agar mereka sedar bahawa jasa mereka dikenang dan dihargai.

ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali dijemput merasmikan program di Pengkalan Batu Klang bersama suami dan anak bagi memeriahkan lagi majlis.

Beberapa aktiviti kekeluargaan diatur untuk mengeratkan silaturrahim seisi keluarga sambil bersantai.

SELAMAT HARI BAPA.
Bapa tunggak generasi idaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: