drhalimahali

About Me

new.jpg

Dr. Hjh Halimah Ali, 48 tahun

Pendidikan:

Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tas, Aust.)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tas. Aust.)
Dip. Tasawwur Islam (Pelajar Terbaik)

Pengalaman Kerja

Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang

Penglibatan Dalam Masyarakat

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan television)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kpg Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jln Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh DUN Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sg Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.

Jawatan dalam NGO

2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga AMAL Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu

Penglibatan Dalam Politik

Jawatan dalam parti:

Timbalan Pengerusi Biro Solidariti(Perpaduan) Nasional PAS Pusat

EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat

Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat

Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Exco PAS Kapar

Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi

Editor risalah Tamil Makkal Sethi

Pernah bertanding sebagai calon PAS 2004

  1. Saya, Haslina Binti Mohd Nor telah ditawarkan untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana ke luar Negara iaitu di University of Hull, United Kingdom. Pendaftaran di universiti berkenaan adalah pada pada 29 September 2008. Untuk makluman, saya telah bermastautin di Selangor selama 20 tahun.

    Masalah yang saya hadapi adalah saya tiada penajaan untuk menyambung pengajian memandangkan saya dan keluarga saya tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan bagi pengajian saya di luar negara.

    Mohon Jasa baik Yb.Dr, untuk membantu saya mendaptkan penajaan dari kerajaan Selangor, kerana saya amat berazam untuk mendapatkan peluang terbaik untuk memperbaiki mutu diri saya.

    Saya akan lampirkan sijil2 yang berkaitan sekiranya YB dapat memberi alamat lengkap untuk dihantar.

    Sekian, terima kasih.
    Yang berharap,
    Haslina Mohd Nor

    • Dear Dr.
      Melayu like Dr yourself and others in PAS and PKR play a very significant role in getting back the trust of the bukan-Melayu towards the Melayu, which we the nons had in us some 30 or 40 years ago before the evil Melayu UMNO, specifically Mahathir spoilt it. I was born and brought up in Batu Kurau and my memories of my childhood days with the Malays there had been sweet!

      Keep it up.

  2. rujuk laman web kerajaan negeri selangor..
    tq

  3. assalamualaikum dr

    saya ingin bertanya.. kalau saya ingin sumbangkn gambar2 dr aktiviti program parti pas ataupun barisan alternatif yg lain ke halaman blog dr, di manakah saya boleh mengemail-nya.. sekian terima kasih

  4. asalamualaikum dr…sy azizul dari berita tv9..
    dari blog dr nie ader dr cakap pasal sumbang mahram, keganasan rumahtangga…
    so saya tgh buat research for my special report kat berita tv9..
    so tgh cari bahan ler.
    sy nak mintak tolong bleh..
    sy nak interview dr serba sedikit pasal sumbang mahram n keganasan rumah tangga nie..
    klu dr free tlg msg@cal me at 019-3873183

  5. Assalmualaikum Dr

    Saya Ketua Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Jawatankuasa Pengurusan DUN Dengkil ingin tahu visi, misi dan objektif EXCO Pendidikan Selangor

  6. Dear brothers and sisters,
    Assalam alaikum wa rahamattuLLAHI wa barakatuhu
    I humbly request you to spare a few minutes for me by reading this simple message.
    I’m your Muslim brother, whom Allah has bestowed on very little Ilim of the jinns, witchcraft, devils, spirits and evil eye. By the will of Allah, I can cast these “concealed creatures” from people. I don’t use any shirk or sihr but the noble Qur’aan and the teachings of the Holy Prophet (SAW). It might not be prudent for someone to advertise himself as a practitioner of Rukhuya (divine remedy) but it’s because there is no any way I can meet the suffering people. Most Imaams of Masjids have their pseudo-sheikhs whom they trust or they, themselves, might be conducting this remedy in a different way according to their own madhaahib (schools of thought).
    What I have realized is that many people have ignored this prophetic sunnah and as a result they get afflicted with the Shaitwaan, and refer their problems to medical doctors etc, I m not opposed to this but my humble prayer is that everyone should try both check ups; medical and jinn/witchcraft check ups, if someone is possessed by the jinn and seeks medical treat met he or she might get a palliative kind of treatment but the jinn wont go away, Its only a relief of headache, stomach pain etc .
    Some people are partially possessed, others are possessed momentarily such that you can not easily know except when some one is put on slow motions that’s the only way you can know through micro momentary facial expression.
    If you get epileptic seizures or you know anyone who is suffering from it, please refer him or her to Rukhuya practitioners as almost 80% of those cases are caused by the jinn.
    If you have an autistic child try rhukhuya as well.
    Women who can not conceive it might the shaitwani blocking the conception, you may be experiencing pain in the uterus, intense back pain, persistent headache etc please come forward with a mahrem Allah may have mercy on you.
    I can send you a recorded tape of how we conduct this rukhuyya Insha Allah.
    Allah knows all, especially what we all keep in our breasts.
    Abubakar
    07951427514

  7. Salam, Dr. halimah lepas University of Tasmania?..tahun bila? tak rindu ke kat UTAS? saya student di UTAS dan ada ramai pelajar Selangor di UTAS. Jemputlah datang ke UTAS @ Hobart. Imam Sabri Samson pun teringin untuk menjemput alumni-alumni UTAS datang kembali ke UTAS. sekarang ni Dato’ Seri Effendi Norwawi pn ada di Hobart bercuti bersama Imam Sabri dan familinya.

    Saya selaku anak Selangor dan student UTAS pasti gembira kalau dr Halimah sudi menjejak kaki semula ke UTAS dan Hobart. Wasalam

  8. dan saya cadangkan UNISEL dan KUIS menjalinkan kerjasama pendidikan dan penyelidikan dengan UTAS (University of Tasmania)

  9. Salam Eidul Fitri dan Salam Ukhuwah sdr Zam. terima kasih kerana sudi mampir. Saya agak sibuk belum ada kesempatan “pulang” ke Tasie. Insya Allah suatu hari saya akan lakukannya. Tlg beri contact no Sdr atau alamat di Malaysia. Terima kasih

  10. En Wayne. Sila rujuk Pejabat saya di Tkt 12 bangunan SUK Shah Alam .

  11. assalamualaikum,
    kepada YB Dr. Hjh Halimah Ali.

    dengan segala hormatnya dimaklumkan, bahawa Azam Working for Humanity (AZAM) ingin berkerjasama dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Perlimen, dalam apa sahaja yang berkaitan dengan BANTUAN KEMANUSIAAN.

    AZAM adalah sebuah Organization yang ditubuhkan pada 4 Nov 2008,

    Bertujuan
    1. Berkhidmat Kerana “Allah” dengan Ikhlas, Jujur, Amanah dan Mesra.
    2. Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan membantu kepada golongan yang memerlukan
    bantuan dan pertolongan demi perikemanusiaan.
    3. Perkhidmatan ini untuk semua lapisan Masyarakat di Malaysia ataupun diperingkat
    antarabangsa.
    4. Perkhidmatan ini tidak kira bangsa ataupun agama.
    5. Perkhidmatan ini tidak kira Warganegara ataupun bukan Warganegara.
    6. Perkhidmatan ini akan menyumbang ke arah Negara yang berperihatin.

    Jika tuan/puan ingin Khidmat kami untuk bertujuan membantu atau menolong bangsa-banga Banjir, Gempa Bumi, Bantuan Kemiskinan, Bantuan kepada Pelarian, dan sebagainya boleh buhungi ditalian Hotline: 018-3997940
    atau E-mail: informatin.azam@yahoo.com http://www.azam-work.webs.com

    Sekian terima kasih,

    Mohd Rafiq Hamidullah
    Setiausaha
    Azam Working for Humanity (AZAM)

  12. Assalamualaikum YB Dr,

    saya ingin mendapatkan alamat e-mail YB Dr jika YB tidak keberatan.

    Terima Kasih.

    hilmi9685@yahoo.com

  13. Assalamu’laikum.

    Saya seorang pendakwah bebas, umur 44 tahun, kelahiran Jakarta, penulis buku Bank Islam: Teori Dan Praktik, terbitan Dewan Pustaka Fajar. Buku kedua yang tengah disiapkan “IHYA’-SQ: SATU KAEDAH MENGAKTIFKAN KECERDASAN SPIRITUAL MENJANA KECERDASAN EMOSI”.

    Saya cuba menghantar (emeil) satu modul “Training Ihya’-SQ dan Kuliah Ihya’-SQ” ke drhalimah@selangor.com.my, tapi tak berjaya.
    Jika boleh saya dapatkan emeil puan, saya bersyukur dan amat berharap.

    Saya juga berharap agar puan meluangkan masa utk membaca modul “Ihya’-SQ” nanti, demi untuk kebaikan & kemaslahatan umat. Semoga ianya dapat memberi sumbangan kpd Syiar Agama.

    Jazakillah Khairon Kathiran.

  14. asslamualaiukum dr.
    saya ingin menjemput YB.DR untuk merasmikan Ihtifal Idul Ilmi Kafa Integrasi Al-Insan di Sekksyen 13 Shah Alam pada 15hb Nov 2008.Bagaimana untuk saya berhubung dgn wakil YB.DR utk jemputan rasmi?

    Pengarah
    Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Khatam Al-Quran 2008 (HIKAM 08)
    Kafa Integrasi Al-Insan

  15. Waalaikumussalam wbt…
    Saudara Shahir…
    Dukacita saya maklumkan, pada hari tersebut, jadual YB sudah penuh dengan aktiviti dan program lain.

    Terima Kasih.

    Tuan Haji Azmi

  16. assalamualaikum tuan hj azmi..
    mungkin wakil dr pihak YB DR halimah boleh dtg utk merasmikan majlis kami??

    terima kasih.

  17. Waalaikumussalam En Shahir,

    Mungkin En Shahir boleh mohon pihak Ahli Majlis bagi perasmian tersebut kerana Pembantu EXCO dan kakitangan lain terlibat dengan Program lain.

    Terima Kasih,

    Tn. Hj. Azmi

  18. KISAH BENAR!
    Isu perlantikan TNC di UiTM – Satu Konspirasi
    ________________________________________________

    Ya memang benar dan bukan cerita dongeng. Ianya berkaitan dengan perlantikan Timbalan Naib Cansellor Research yang baharu sahaja selesai dalam bulan puasa tahun ini. Mengikut cerita dalam akhbar tempatan berkenaan perlantikan NC dan TNC, Menteri berkaitan, Dato’ Khaled Nordin menegaskan bahawa perlantikan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan. Itu teori sahaja, dalam Dewan bolehlah kelentong. Yang sebenarnya kenapa Khaled Nordin lantik orang lain dan bukan calon yang telah disyorkan oleh panel jawatankuasa temuduga? Dimanakah kewibawaan beliau sebagai seorang Menteri. Sungguh tidak beramanah! Tidak takut pada Allah ke? Dalam urusan masa depan universiti pun boleh dengar cakap kawan! Habis apa guna ada panel temuduga?

    Yang pelik bin hairan orang yang dilantik ini tidak pun memenuhi kriteria yang diperlukan sebab;

    1. Beliau bukan pun Professor
    2. Latar belakang ialah Human Resource dan bukan sains atau kejuruteraan
    3. Tidak pernah pun terlibat dengan kerja kerja penyelidikan
    4. Tidak pun di ‘shortlisted’ untuk pertimbangan Menteri
    5. Tidak berminat untuk memohon jawatan TNC tetapi diarah dan diuruskan semuanya.
    ( Beliau sendiri buat pengakuan – buktinya ada)

    Sepatutnya orang yang lebih layak sudah pun ada tetapi diketepikan oleh kerana mainan politik kotor. Beliau ialah seorang Professor wanita yang memenuhi kriteria sebenarnya. Sebenarnya bekas TNC tu memang takut dengan Professor wanita ni sebab ‘she is much better than him academically” dan takut satu hari nanti kononnya boleh jadi NC wanita pertama di UiTM. ( Ini pengakuan beliau ‘ I will make sure that she will not go up’). Nak bukti memang ada.

    Kenapa saya katakan ianya satu konspirasi. Sebenarnya orang yang memainkan peranan kotor ini ialah bekas TNC Research yang kini berada di India. Beliaulah yang telah jadi dalang dalam permainan catur di UiTM selama ini. Tujuan nya ialah beliau sendiri ingin menjadi NC dan sebab itulah beliau mengambil kroni kroni beliau untuk jawatan TNCs.

    Sebenarnya bekas TNC ini sanggup pulang dari India dan telah membawa TNC baharu dilantik ini berjumpa Menteri dalam bulan puasa tahun ini untuk perkenalan dan seterusnya menggesa Menteri melantik beliau menjadi TNC yang baharu. Difahamkan bekas TNC ini ialah satu sekolah dengan Menteri masa dahulu. Bukan setakat itu sahaja, bekas TNC itu juga ‘demand’ dari Menteri untuk jadi NC yang baharu! Ini dah melampau!

    Kesimpulan nya:

    1. Perlantikan TNC Research yang baharu ini adalah tidak sah dan perlu ditarik balik.
    2. Satu badan khas perlu diadakan untuk menyiasat salah laku dan salah guna kuasa oleh bekas TNC dan juga Menteri berkenaan. Kalau perlu biar BPR buat siasatan.

    Inikah yang dinamakan integriti sebagaimana yang dilaung laungkan oleh Pak Lah? Lingkuplah UiTM. Macam mana nak jadi World Class University. Macam pertunjukkan badut dalam sarkas. Memang dunia dah nak kiamat! Kalau tak percaya tanyalah cerita ni pada Dato’ Sri Ibrahim Abu Shah, NC UiTM. Semua warga UiTM PUN SUDAH TAHU. Sungguh memalukan bangsa Melayu.

    Hai VK Lingam pun ada kat UiTM? Bekas TNC tu memang lawyer. Patutlah loyar buruk!

    Pencinta UiTM
    November 2008
    Berita ini telah pun ada terpapar dalam Malaysia Today. Harap warwarkan isu kontroversi ini. TK.

  19. asalam.. saya wakil dari persatuan pelajar islam kolej putra intelek. dengan siapa saya mahu berurusan andai mahu menjemput YB ke majlis kami?

  20. Salam,
    Saya ingin memohon bantuan atau sokongan dari YB Dr. untuk kemasukan anak saya ke Sekolah Agama Menengah di Selangor terutamanya S.A.M Tengku Ampuan Jemaah Sek. 11 ataupun S.A.M Tengku Ampuan Rahimah Klang.
    Anak saya sebelum ini bersekolah di S.A.M Maahad Daarul Anuar Pulau Melaka, Kelantan, memandangkan sekolah ini akan di swastakan pada tahun 2009, dengan ini saya ingin memindahkan anak saya ke sekolah di Selangor pula.
    Untuk makluman YB Dr. anak saya akan berada di tingkatan 4 pada tahun 2009.
    Harap dapat maklum balas dari pihak YB

    • Salam. Sila hubungi PA say di pejabat tkt 12 SUK talian 0355192167 secepat mungkin. Terima kasih.

  21. Assalamulaikumw.w.
    Nama saya Hj Wahab Marican dari Singapura. Saya berserta isteri akan berangkat ke Tasmania untuk menemani anak perempuan kami Hana yang akan menuntut di UTAS dalam bidang Marine Science. Besar harapan kami sekiranya Dr boleh memberi kami kontak beberapa keluarga Melayu Islam di Tasmania.
    Terima kasih.

    Hj Wahab

  22. Salam. YB Dr, Saya berhasrat untuk memohon tajaan daripada pihak YB Dr bagi menjayakan Karnival Akademik Fakulti Sains Universiti Malaya. Surat permohonan tajaan juga telah diluluskan oleh TNC Hal Ehwal Pelajar. Bolehkah saya mendapatkan No Faksimili untuk memudahkan saya menghantar surat mohon tajaan tersebut, berserta surat kelulusan dan KKD karnival kepada Pihak YB Dr? Segala kerjasama amat dihargai. Sekian Terima kasih.

  23. Salam, YB Dr, Saya telah menghantar borang penukaran anak saya dari Kelantan (MADA) Pulau Malaka ke sekolah JAIS ke pejabat YB pada 30.12.08, untuk mendapatkan surat sokongan dari pihak YB. Tapi saya masih belum terima apa2 jawapan dari pejabat YB berkenaan dengan surat sokong tersebut. Saya mohon jasa baik agar dapat pihak YB membantu saya dalam soal ini,

    Salam.

  24. hi…in interested to do medicine

  25. assalamualaikum dr.
    apa khabar?sy pelajar tahun 6 perubatan di CRIMEA STATE MEDICAL UNIVERSITY di UKRAINE di bawah tajaan TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR(TKWBNS)..sy mewakili pelajar tahun 6 di sini ingin bertanya mengenai tiket pulang kami ke tanah air kerana mengikut perjanjian TKWBNS akan membiayai tiket pulang kami.jadi,kami ingin mengetahui adakah kami akan menerima tiket atau menerima wang?kerana jika kami diberi wang kami perlu menempah nya sekarang kerana dikhuatiri harga akan meningkat dan seat akan penuh..visa kami di ukraine akan tamat pada 15hb ogos,jadi kami perlu pulang sebelum waktu itu dan pengurusan tiket perlu diselesaikan sebelum februari untuk mengelak masalah..diharap dr dapat membalas pertanyaan ini ke email sy ali_840210@yahoo.com..

  26. Dear Dr.

    This is the first time ever that I read your blog, and I must say I am quite impressed.

    My sincere greetings to you and your family.

    Poh Syee Wha

  27. Salam YB

    bagaimana saya boleh mendapatkan surat sokongan dari pihak YB kerana saya ingin memohon pekerjaan di SUK Selangor.Harap YB dapat memberi penjelasan dengan segera dan berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan surat sokongan tersebut. Terima Kasih

  28. Dr. Halimah,
    I’m very impressed by your volunteer work, and your contribution as an exco of the Selangor state government. You have my full support. Keep up the good work!

    Anak Malaysia – Daniel
    San Francisco, California

  29. Assalamualaikum wrbkth..YB. Dr. Halimah Hj Ali.

    Segala puji syukur hanya milik Allah swt .. Selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia yang di kasihi Nabi Muhammad saw, serta sahabat dan ahli keluarga baginda.

    Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat peliharaan Allah swt ameen.

    Saya Rosadah Abd Majid pensyarah pendidikan khas di Fakulti Pendidikan UKM dan terlibat secara langsung dengan program PERMATApintar, UKM.

    Saya terbaca komen YB dalam Harakah baru-baru ini tentang program itu. Justeru saya berharap YB akan berusaha membuat kajian secara objektif dan fakta lengkap tentang kewujudan serta kepentingan program pendidikan pintar cerdas atau gifted education ini.

    Nanti saya akan berkongsi banyak lagi fakta yang dikaitkan dengan pendidikan pintar cerdas UKM ini. Namun dalam keterbatasan waktu ini saya dengan rendah hati ingin menjemput YB untuk datang sebagai pelawat biasa ke kelas-kelas pembelajaran pelajar-pelajar kami esok Khamis 17 Disember 2009, di bilik-bilik kuliah Fakulti pendidikan dan di makmal biologi di fakulti sains dan teknologi di UKM dari 2.30 ptg – 4.30 ptg. Tidak perlu protokol untuk datang, datanglah seperti ibu-bapa lain dan lihat serta saksikanlah hasil pembelajaran pelajar-pelajar kita selama 3 minggu di UKM. Sebenarnya projek PERMATApintar UKM ini adalah satu natijah perkembangan penyelidikan bidang pendidikan seperti juga projek pendidikan khas pelajar-pelajar lembam, pekak-bisu atau OKU.

    Semoga Allah sentiasa membimbing dan membantu kita untuk berbakti kepada semua insan, ameen.

    Yang benar,

    Rosadah

  30. Abdul Aziz Bin Mohd Yunus
    e-mail: aziz_yunus@hotmail.com
    Tarikh: 25 Februari 2011

    Yang Berhormat Dr. Hjh. Halimah Ali
    Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor
    ADUN Selat Klang (N45)

    Assalammulaikum Yang Berhormat Dr Hjh. Halimah,

    Terpanggil nya saya untuk menghantar e-mail ini pada YB adalah dari kesinambungan pada sessi perjumpaan antara MB di SUK dan pelajar/ibupapa pelajar-pelajar Mesir baru-baru ini.

    Saya sebagai salah seorang bapa pada pelajar yang mana sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran didalam bidang perubatan (tahun 2) di salah sebuah universiti di Mesir, amat berbangga dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor diatas keperihatinan pihak kerajaan negeri Selangor pada anak-anak atau pelajar-pelajar ini.

    Memandangkan saya menghantar anak saya diatas tanggunggan sendiri atau dalam ertikata lain FAMA adalah agak ‘perit’ juga tanggungan dari segi kewangan, akan tetapi demi masa depan anak diatas minat beliau dalam pengajian perubatan ini, maka saya gagahkan juga untuk memohon dan Alhamdulilah berjaya mendapat tempat di University Tanta dalam bidang perubatan pada tahun 2009 yang lalu.

    Bak kata YB semasa ucapan pembukaan di SUK temphohari yang mana anak di bawah tajaan ibubapa ini ‘nak kata senang bukan lah senang sangat.. bergolok bergadai untuk menghantar anak ke Mesir’ dan benarlah seperti apa yang dikatakan oleh YB pada malam itu.

    Bagi kes saya, saya mengeluarkan hampir RM15 ribu dari hasil dari simpanan saya untuk yuran tahun pertama, dan baru baru ini terpaksa mengeluarkan caruman KWSP saya sebanyak RM26 ribu untuk yuran tahun kedua pada tahun ini.
    Ini tidak termasuk perbelanjaan bulanan sebanyak RM500 setiap bulan.

    Untuk makluman anak saya telah pun berada didalam tahun 2, dan Alhamdulilah telah pun berjaya melepasi tahun satu dengan keputusan Jayyid dalam peperiksaan yang lepas.

    Dengan perbelanjaan ini agak berat bagi saya jika tidak keterlaluan dikatakan agak membebankan juga, tambahan lagi ada 2 lagi anak-anak saya yang masih belajar.

    – Anak pertama masih belajar Unisel , Bestari Jaya , tahun ke 2 dalam bidang Bsc. IT
    – Dan Alhamdullilah telah Berjaya mendapat Diploma dari Unisel pada Konvo ke 5 yang diadakan baru-baru ini.

    – Yang bongsu sedang menunggu keputusan SPM (Sekolah Sains Bagan Datoh)

    Disini saya ingin merayu juga memohon bantuan pada pihak YB selaku Exco Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor, bagi mendapatkan tajaan mahupun dalam bentuk pinjaman bagi pembayaran yuran untuk pelajar/anak saya yang sedang menuntut di Mesir.

    Buat masa ini beliau masih lagi belum mendapat sebarang pinjaman atau tajaan dari mana-mana pihak penaja. Untuk makluman saya telah pun cuba memohon dari ARB , tapi malang sehingg ke hari ini masih lagi belum mendapat sebarang jawapan. Dan juga masih lagi menunggu jawapan pinjaman pelajaran yang di pohon dari pihak JPA

    Oleh itu besar lah harapan saya sebagai anak kelahiran negeri Selangor dan menetap di negeri ini hampir selama usia saya , merayu bantuan dari pihak YB dan dari pihak kerajaan negeri Selangor. InsyAllah.

    Untuk Makluman Berikut Adalah Butiran anak saya untuk rujukan pihak YB:-

    Nama Pelajar: FARAH NASHA BINTI ABDUL AZIZ
    No K/P: 911218-10-5196
    Tahun Pengajian: Tahun 2
    Univeristi: University of Tanta
    Bidang Pengajian: Perubatan (MBBch)

    Harapan saya untuk mendapat maklumbalas dari YB dalam masa yang terdekat ini. InsyAllah

    Wassalam dan Terima kasih diatas sokongan YB.

    Abdul Aziz Bin Mohd Yunus
    Bandar Puncak Alam, Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: