drhalimahali

Archive for May, 2011|Monthly archive page

Perpaduan kaum terjejas kerana emosi perkauman yang diapi-apikan

In Uncategorized on May 31, 2011 at 6:47 am

PAS FOR ALL
PAS perlu berwibawa untuk memimpin semua kerana PAS yang bertunjangkan Islam mampu menjamin keharmonian kaum.

MUKTAMAR PAS; CALON-CALON tidak kempunan kalau tidak dipilih kerana ia satu amanah!

In Uncategorized on May 31, 2011 at 5:55 am

 Pemilihan PAS paling bersih, harmoni

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding.
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana  pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihan raya.
Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan.
“Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerak kerja ke arah PRU 13 nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada Umno BN barang kali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon timbalan, naib presiden dan lain-lain.
“Alhamdulillah, tarbiyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni,” ujarnya.
Mungkin, katanya ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon.
Namun, ujarnya ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab.
Tambahnya, ia boleh berlaku dalam parti sekular tetapi jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing.
“Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti,” tegasnya.
Ini, katanya tidak sebagaimana dalam pemilihan Umno terutamanya politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latar belakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah.
Tambahnya, ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti tetapi ia adalah persepsi akhbar itu.
Tegasnya, pendukung PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan di mana kesemua calon ada kredibiliti dan mereka juga popular.
Namun, katanya popular dalam PAS diajar oleh tarbiahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-munkar, sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain, kerana itu mereka dicalonkan.
Beliau berkata, cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan di mana kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total.
Dengan kata lain, ujarnya perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.
“Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan Umno BN yang sudah lama korup itu,” ujarnya.

Tanda-tanda Allah di sekeliling kita: beruntunglah bagi mereka yang dapat menanggapinya

In Uncategorized on May 31, 2011 at 5:39 am

Everything is OK when we start it right

In Uncategorized on May 30, 2011 at 6:57 am

Bismillah. In the name of ALLAH

SPIRITUAL DOS YANG MUJARAB

In Uncategorized on May 30, 2011 at 1:15 am

Selamat datang ke alam kebahagiaan dengan asma ul husna

NAJIB UMPAN BELIA::GUNA DUIT RAKYAT MINTA BELIA SOKONG UMNO

In Uncategorized on May 29, 2011 at 8:34 am

Najib minta bantuan belia pertahankan Putrajaya

Regina Lee
MALAYSIAKINI
Mei 28, 11
9:30pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerDalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 – Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

“Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia… negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

“Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.

Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata sambutan yang menggalakkan hari ini juga mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mendakwa mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan pembangkang.

“Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya… adakah anda benarkan? Tidak!

“Kita tidak akan biarkan mereka melelong Putrajaya kerana sejuta belia akan mempertahankannya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin .

one million youth gathering in putrajaya crowdPerdana Menteri mendakwa kerajaan sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan belia kerana mereka adalah pemangkin kepada transformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Walaupun tidak sampai ke peringkat membuat keputusan, memadailah anda (belia) mendukung dan menyokong pelan transformasi negara. Saya cukup hargai.

“Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara,” katanya.

Beberapa habuan

Pada perhimpunan ini, Najib juga mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia – antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan ‘youth park’ di sekitar Putrajaya.
Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Katanya, wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

“Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun.

“Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu,” kata Najib.

one million youth gathering in putrajaya on stage najib and koh tsu koonMengenai perhimpunan Hari Belia itu, Najib berkata beliau berpuas hati dan yakin sasaran menghimpunkan sejuta belia akan tercapai.

Sehubungan itu, perdana menteri menyasarkan kehadiran dua juta belia pada perhimpunan tahun depan.

Beliau berkata sambutan yang begitu menggalakkan itu berbanding tahun lalu menunjukkan bahawa belia di negara ini mahukan keamanan dan bukan berhimpun untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan belia yang bermula semalam dan berakhir esok, menampilkan lebih 200 acara dan program bagi golongan belia seperti sukan, kreativiti, seni dan sukan lasak.

B.N.=BARANG NAIK, BILA NAIK?BILA-BILA NAIK! BOROS N

In Uncategorized on May 29, 2011 at 2:05 am
K’jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
Mei 27, 11 4:17pm
Kongsi 4748

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

ADUN SELAT KLANG anjur RENTAS DESA bersama JKKK KPG DELEK KLANG

In Uncategorized on May 28, 2011 at 4:16 am

Pandangan seorang veteran PAS yang futuristik

In Uncategorized on May 28, 2011 at 4:05 am

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran parti.

Justeru, beliau menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3 Jun depan.

pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium“Kelantan ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.

“Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas,” katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu.

Mereka akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, – menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.

Nik Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih, beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri.

azlanBeliau bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu.

Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.

Adakah model pembangunan modal insan yang lebih baik daripada BTN?

In Uncategorized on May 27, 2011 at 9:26 am

Apa cerita di sebalik kerajaan negeri Selangor memberhentikan kakitangan serta siswa dan siswinya ke kursus BTN?