drhalimahali

Archive for August, 2011|Monthly archive page

Benarkah MAT SABU hina bekas tentera Malaysia dan agungkan Komunis?

In Uncategorized on August 31, 2011 at 6:09 pm

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.

Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).

Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.

“Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah,” jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.

Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem ‘Bukit Kepong’ arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.

Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah.

Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.

Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.

“Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku,” katanya.

Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato’ Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.

Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.

“Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah,” tegasnya.

No.2 nak lawan No.1

In Uncategorized on August 31, 2011 at 5:53 pm

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri

Bagaimana PAS nak kahwin dengan UMNO KALAU PEMIMPIN umno kata PAS pro komunis?!

In Uncategorized on August 31, 2011 at 6:54 am

Decide if Mat Sabu is an Islamist or communist, Guan Eng tells critics
By Shannon Teoh
August 30, 2011

Guan Eng greets Tan Sri Koh Tsu Koon, Minister in the Prime Minister’s Department, at Najib’s open house in Putrajaya. — Jack Ooi pic
PUTRAJAYA, Aug 30 — Lim Guan Eng has challenged critics of Pakatan Rakyat (PR) colleague Mohamad Sabu to make up their minds over whether the PAS deputy president is an Islamic extremist or a communist.

The DAP secretary-general said that he had been detained under the Internal Security Act (ISA) in 1987 during the Operation Lalang clampdown along with Mohamad, who was then accused of being an Islamic fundamentalist.

“Now, they are saying he is supporting communism. Is there any credibility to these accusations?” he told reporters at the prime minister’s Hari Raya open house today.

On Satuday, Umno-owned Utusan Malaysia quoted Mohamad as saying that the communists who attacked the Bukit Kepong police station during the pre-Independence communist insurgency were heroes.

The newspaper accused him of disparaging the country’s armed forces and expressing support for communists but Mohamad, popularly known as Mat Sabu, has since denied the report and accused the Malay-language daily of fabricating the quote.

“Utusan lied…they made up stories about my speech,” Mohamad told The Malaysian Insider.

“When I checked back and looked at the recording, the word ‘communist’ wasn’t found in my speech,” he said, adding that he will sue the newspaper.

The Malay daily launched a full-scale assault against Mohamad on Sunday over his alleged remarks, carrying eight pages worth of comments and criticisms against him, ranging from top Umno leaders like Umno deputy president and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to ex-soldiers who had fought communists during the Bukit Kepong police station attack.

The newspaper also accused Mohamad of wanting to re-write history to turn Malaysia into a republic.

Lim, who is also Penang chief minister, likened the attacks on Mohamad to those made against him for being anti-Malay and also anti-Chinese at the same time.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H

In Uncategorized on August 30, 2011 at 4:59 am

YA ALLAH Tunjukkanlah kami jalanMU……

In Uncategorized on August 29, 2011 at 8:58 am

Permudahkanlah ya Allah untuk kami memahami dan mengikutnya.Amin

In Uncategorized on August 28, 2011 at 8:20 pm

ADUN SELAT KLANG YB Dr Hjh Halimah Ali meraikan majlis khatam al Quran Muslimat masjid.
Perhatian. Boleh tekan atas doa untuk besarkan tulisannya.Semoga bermanfaat

MUSLIMAT PAS SELAT KLANG agih RM 29,000 pada fakir miskin,ibu tunggal

In Uncategorized on August 28, 2011 at 6:49 am

Muslimat PAS Selat Klang sudah lebih sedekad menabur bakti menjaga kebajikan umat yang fakir dan miskin, golongan yang marhaen yang amat mengharapkan perhatian dan bantuan daripada mana-mana pihak untuk menghulur bantuan.Perasaan sayu amat ketara menjelang Hari Raya Eidul Fitri.Justeru agenda tahunan Muslimat PAS DUN Selat Klang dalam menghidup dan menghayati Ramadhan atau Ihya’ Ramadhan ialah mengumpulkan penerima yang layak di dewan untuk majlis sambutan Ihya’ Ramadhan.Lazimnya bermula pagi 8.00 pagi dengan solat tasbih, solat hajat dan solat Dhuha, di sambung dengan tazkirah.Barulah bermula agihan kepada fakir miskin.
Alhamdulillah,lebih 250 penerima diraikan.Selain diberi duit ‘raya’ baju raya terpakai tetapi cantik juga dinanti-nantikan penerima.Tahniah kepada semua Muslimat PAS Dun Selat Klang y7ang semakin tahun semakin matang dan mampu mencari penderma yang lebih mahu banyak menghulur dan setakat ini tahun 2011 pencapaian kutipan mereka semakin meningkat yang diagihkan kepada lebih ramai penerima.Kuih raya juga turut disumbang oleh ibu tunggal yang berjaya dan amat memahami jiwa ibu tunggal yang dhaif seperti yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu.

ADUN SELAT KLANG di MASJID NURUL AMIN sumbang anak yatim duit raya

In Uncategorized on August 22, 2011 at 8:40 am

Apa warna baju raya anda?

In Uncategorized on August 20, 2011 at 7:55 am

Pakai baju kuning raya tahun ini
Harakahdaily

RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini.

(Iklan jual baju Melayu kuning untuk raya tahun ini…klik atas gambar untuk maklumat lanjut)

“Jangan lupa juga kita buat pulut kuning,” kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat Terawih.

Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.

Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.

Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.

Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.

Mengata dulang paku serpih: Mengata UNISEL, siapa yang lebih?

In Uncategorized on August 19, 2011 at 7:46 am

Naib canselor: Laporan krisis UM tak tepat
Wong Teck Chi
Ogos 18, 11
2:03pm
Kongsi 218
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini menafikan universiti yang diterajuinya sedang menghadapi krisis berikutan peletakan jawatan beramai-ramai staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Akhbar milik Umno – Utusan Malaysia pada tajuk utamanya hari ini mendakwa 146 kakitangan akademik UM telah meletakkan jawatan sejak 2009.

NONE”Laporan itu tidak tepat, terutama mengenai bilangan berkenaan. Pada jam 10.30 pagi esok, pihak universiti akan mengeluarkan angka sebenar,” kata Ghauth yang mempunyai latar belakang kemahiran dalam bidang kejuruteraan.

Memetik Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof Madya Azmi Sharom, Utusan mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 kakitangan akademiknya.

Mereka termasuk profesor dan profesor madya yang dikatakan membantah polisi akademik Ghauth dengan ‘kegilaannya’ meletakkan universiti UM dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan, lapor Utusan.

Nafikan laporan

Bercakap kepada Malaysiakini, pagi ini, Ghauth mempertahankan polisinya yang memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

“Mereka yang tidak suka saya mempunyai alasan yang lebih daripada tidak suka saya kerana saya sedang mentransformasikan UM menjadi sebuah universiti berkualiti yang lebih tinggi,” katanya.

azmi shahrom azmi sharom interview 140808Azmi (kiri) pula ketika dihubungi menafikan laporan Utusan itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dan menjadi mangsa ‘salah laporan’ oleh akhbar berkenaan.

Azmi juga dilaporkan berkata, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

Dalam pada itu, PKAUM, dalam satu kenyataan melahirkan rasa kecewa kerana presidennya telah dipetik sebagai jurucakap dan pendedah maklumat kepada isu yang dibangkitkan.

“Beliau (Azmi) merasa amat terkilan kerana terdapat pihak yang telah menyalahgunakan nama beliau.

“PKAUM menafikan maklumat yang diberikan dalam keratan tersebut sebagai kenyataan atau pendirian PKAUM,” kata naib presidennya Rosli H Mahat.

Menurut beliau, Azmi selaku presiden PKAUM cuma berada pada sidang akhbar tersebut untuk melindungi hak ahli kesatuan yang bersuara dan kenyataan yang disiarkan adalah pandangan ahli tersebut.

“Maka PKAUM memohon agar kesilapan fakta ini dibetulkan dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.

“PKAUM sebagai kesatuan yang mewakili ahli-ahli akademik dan pegawai Universiti Malaya, sentiasa menyokong usaha semua pihak untuk meletakkan UM sebagai Universiti bertaraf dunia tanpa mengabaikan kebajikan kakitangan dan pelajar,” katanya.