drhalimahali

Archive for March, 2012|Monthly archive page

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR di SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR 2012

In Uncategorized on March 30, 2012 at 7:51 am


 19-27.3.12
SHAH ALAM

EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali merangkamkan kenangan semasa majlis pembukaan persidangan dewan negeri Selangor mesyuarat penggal ke 5 bersama rakan-rakan EXCO dan ADUN-ADUN.

 Selepas majlis pembukaan YB Dr Halaimah mempengerusikan mesyuarat memutuskan pengagihan sumbangan bantuan ke sekolah-sekolah bersama ADUN-ADUN

Add caption

SELEPAS PEMBUKAAN DUN

Bersama ADUN-ADUN WANITA SELANGOR

KERAJAAN PAS KELANTAN sudah ada formula hapus PTPTN

In Uncategorized on March 30, 2012 at 6:59 am

This is how we abolish PTPTN debts in Kelantan: Husam

Harakahdaily, 29 March 2012

Mar 29: PAS vice president and Kelantan state exco member Husam Musa has furnished details how Kelantan plans to abolish study loans under the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).

According to Husam, some 93,000 students in the state take loans from PTPTN.

He said the Kelantan state government proposed to repay the PTPTN loans taken by students since 2005 using the oil royalty payment owed to the state, amounting to RM4 billion.
This is of course under the assumption that a Pakatan Rakyat federal government would pay the oil royalty.

“With oil revenue from Kelantan waters, solely without overlapping any other parties since January 2005, we made a decision to repay the PTPTN loans on behalf of students and it only cost RM1.2 billion,” he said.

As such, with RM4 billion in state coffers, the issue of settling PTPTN debts was “not a problem”, added Husam.

“If they pay 10 percent, we’ll get more,” he remarked.

He hit out at the government who he said was more interested in loan repayment and not the problems faced by students who have been unable to pay and blacklisted.

“Why is it difficult to write off their loans? Some of these students are from Kelantan, from poor families with many siblings. It is only appropriate for us to lift their burden off this PTPTN loan,” he said.

On whether Kelantan’s methodology can be applied at the national level, Husam (left) said there was no reason it could not be duplicated.

“With higher income at national level, it is something to be considered,” he said.

The promise to abolish PTPTN loans, under which students would be repaying their loans spanning several years and in many cases decades, is PR’s promise to the undergraduate community in addition to the repeal of the Universities and University Colleges Act.

Yesterday, Mohd Yusof Hadhari, former information chief of the influential Pan-Malaysian Coalition of Islamic Undergraduates (GAMIS), urged PR to qualify its pledge to abolish PTPTN with details of its implementation.

“The present age is no longer that of ‘politics of promises’, but it is about politics of facts and evidences,” he said.

Yusof reminded that even though the youth might find PR’s promises believable, they must be convinced through facts.

Dr HASAN ALI kata Dr Halimah ubah pejabat kos lebih tinggi daripadanya??!

In Uncategorized on March 28, 2012 at 6:58 am

Ubahsuai Pejabat Hassan Ali Tertinggi
By

Norhayati Umor

SHAH ALAM 27 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkilan dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Bekas Exco Datuk Dr Hassan Ali dalam pengubahsuian pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Abdul Khalid berkata, perkara yang ditunjukkan itu tidak menunjukkan prinsip pemimpin yang mengamalkan sikap ketulusan.

Khalid berkata berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain.
Jumaat lalu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin mendedahkan Hasaan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.
“Kenapa kita perlu mengikut orang lain, orang lain ubahsuai, kita juga hendak buat juga.
“Jangan menggunakan asas itu, orang lain buat, kamu kena buat lebih dari orang. Itu tidak boleh dan bukan prinsip kepimpinan Kerajaan Negeri,” katanya dalam penggulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri petang tadi.

Antaranya, exco lain yang mengubahsuai pejabat mereka adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebanyak RM190,000 dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000.

Manakala Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir.Iskandar Abdul Samad sebanyak RM81,000. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM70,000.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebanyak RM30,000. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sebanyak RM30,000.

Bagi Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Exco Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabelth Wong sebanyak kurang daripada RM25,000 serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali tidak melakukan apa-apa ubahsuai.

Tambahnya, jika beliau (Hassan) memperjuangkan rakyat seharusnya beliau melihat ‘Value For Money’.
“Saya tidak menghalang jika hendak lakukan pengubahsuaian itu, sekiranya beliau gunakan RM300,000 itu untuk keluasan lebih 3000 kaki persegi, jika RM100 sekaki, jadi angka itu munasabah.

“Tetapi jika dibuat keluasan hanya 500 kaki persgi tetapi jumlah itu RM300,000 maknanya kita mesti tahu duit itu dilaburkan ke mana,”katanya.

ADUN Selat Klang hadir majlis pelancaran BAZAAR ESPLANADE TANJONG HARAPAN KLANG oleh MB

In Uncategorized on March 28, 2012 at 6:25 am

Bazar Esplanade Tarikan Baru Pelancongan Klang

512 views

KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar Klang  dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini.
Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar Esplanade  berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang.
“Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid juga berharap agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kawasan pelancongan ini dan mengesorkan kepada para peniaga untuk mempelbagaikan barangan dan produk yang boleh ditawarkan kepada pengunjung untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dari luar.
” MPK diharap akan teruskan usaha dan ramai orang yang akan memberikan idea-idea bagaimana pembangunan bazar Esplanade ini dapat diteruskan,” katanya.
Beliau berkata lagi,masyarakat di Klang memerlukan kawasan destinasi pelancongan untuk bersantai dihujung minggu dan usaha MPK ini perlu dicontohi kerana daya inisiatif mempelbagaikan kawasan tarikan yang boleh dikomersilkan.
Bazar Esplanade ini dipenuhi kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian,cendermata, buku, makanan dan sebagainya.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari,Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, Timbalan YDP Klang, Tuan Ikhsan Mukri.

EXCO Pendidikan di KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

In Uncategorized on March 27, 2012 at 7:12 am

 25.3.12
STADIUM KUALA SELANGOR

Genap 4 tahun sudah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. EXCO-EXCO Kerajaan Selangor  mengangkat sumpah depan DYMM SULTAN SELANGOR pada 24.3.2008.
EXCO-EXCO yangdiketuai DATO’MENTERI BESAR membanting tulang siang dan malam mengkaji dan meneliti masalah dan isu di negeri Selangor yang mereka warisi daripada kerajaan UMNO-BN sejak merdeka.
EXCO-EXCO PAKATAN RAKYAT SELANGOR terpinga-pinga kehairanan dengan penemuan-penemuan peninggalan kerajaan terdahulu.

 Sistemnya ialah mudah, tersangat mudah….outsource atau privatise termasuklah bab polisi dan dasar semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak swasta… Setelah dibincangkan dan disediakan laporan oleh pihak yang diupah, maka kemudian dibentanglah kepada pihak kerajaan untuk di endors atau ‘dicop terima dan diperakui’. Kerajaan hanya menjalankannya.Patutlah pegawai kerajaan sentiasa menafikan mereka adalah pemimpin. Mereka percaya dan bertindak sebagai ‘Saya yang menurut perintah’. Mereka tidak boleh mempersoalkan kewajaran polisi atau prosedur itu betul atau salah kerana telah di’persetujui oleh’ Majlis mesyuarat kerajaan Selangor.

 Mereka akan dianggap ingkar dan bermasalah sekiranya mereka berani mempersoalkan perkara yang tidak adil atau pelik bahkan boleh merugikan rakyat.
 Lain halnya dengan cara kerajaan PAKATAN RAKYAT, mereka di latih untuk membangun dan membina jati diri.Mereka dididik untuk menyatakan yang benar dan memberi penilaian sebenar bukan untuk menggembirakan bos sahaja.
     Ketua-ketua jabatan rimas dan tercabar pada mulanya dengan keadaan yang jauh berbeza seperti bumi dan langit ini. Kalau dulu mereka harus berlumba bagaimana teknik dan taktik terbaik memikat hati EXCO dan MB untuk dinaikkan pangkat dan mendapat habuan duniawi, sekarang mereka di wajibkan   bertindak sebagai ketua yang mampu membentuk anak buah dalam jabatan mereka agar membentuk wawasan jabatan dan agensinya serta mempastikan produktiviti mereka meningkat.

Rasuah adalah dianggap musuh dalam kerajaan. Justeru, mesej jelas daripada peneraju kerajaan pakatan rakyat Selangor ialah jangan sekali-kali mendekati rasuah. Apatah lagi nak terjebak dalam rasuah. Dengan membetulkan keadaan ‘kepala ikan’ ini, maka pegawai kerajaan serta seluruh kakitangan memahami prinsip kerja kerajaan pakatan rakyat. Prinsipnya ialah jujur, amanah, dan bertanggunjawab. Alhamdulillah dengan program pembangunan insan SPIES, serta tatakelola yang bersih dan amanah, jentera kerajaan semakin pulih.
    Walaupun agak lembab dan lemah tetapi proses ‘overhaul’ yang dilakukan kepada cara kerja dan sikap memerlukan masa untuk mempastikan karat-karat  rejim lama dihakis dan dibersihkan dengan berkesan. Minyak pelincir perlu dituangkan, Anti karat perlu dibekalkan. Mat hati perlu dicelikkan. Sanubari perlu dibajai dengan tauhid dan ehsan.

 Alhamdulillah setelah 4 tahun, nakhoda jabatan dan agensi kerajaan mula celik haluan. Kompas tujuan sudah adalah digenggaman. Bekalan minyak, makanan dan minuman mencukupi untuk melayarkan samudera jabatan dan agensi. Kelasi disiaga untuk mengendali kapal. ‘Oficce boy’ juga tidak perlu duit kopi kerana untung sebentar rugi parah hingga akhirat.

Dr Halimah dengan maskot TAWAS

    Zahir sudah keberkahan. Wang simpanan melimpah walaupun sudah banyak yang diagihkan kepada rakyat semua keturunan. Daripada buaian hingga ke liang dapat sumbangan kerajaan pakatan. Menguntum senyum riang di pekan dan di bagan. Syukur rakyat di kota dan di desa. Menghayati satu keberkatan bila negeri ditadbir dengan pimpinan yang takutkan Tuhan. Kebajikan maksima terus menerus diusahakan. Agar rakyat sejahtera menyembah Tuhan.

Syak, was-was kejujuran pimpinan,
Cuak, bolehkah diharap EXCO yang tidak berpengalaman?
Seriau ditipu yang mantan berzaman
Akan terbitkah sinar harapan

 Kerajaan Pakatan Rakyat nekad
buktikan niat jujur akan dibantu Tuhan
Formula sukses dibentang sepakat
Tulang empat kerat sendi korban
Agar mampu melahir khaira ummat
Di Selangor Darul Ehsan, kabulkan Ya Tuhan

Terima kasih semua!!

WANITA suara perubahan; Selamat hari wanita sedunia!

In Uncategorized on March 23, 2012 at 6:05 am

 18.3.12
PADANG ASTAKA PJ

Beribu wanita berarak sebagai tanda kesatuan untuk bersama mendokong misi yang satu; iaitu suara wanita suara yang penting. Suara yang mahu dan mampu membawa perubahan kepada manusia ke arah kualiti hidup yang lebih baik.

Ramai wanita menjadi mangsa keadaan kerana pimpinan negara mereka tidak memberi perhatian kepada nasib bangsa.

 Pemerintah yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat tersangkut dengan skandal pelbagai aneka. Wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk diri dan keluarga. Akhirnya nasib rakyat tidak berubah walaupun sudah lebih separuh abad merdeka.

Wanita perlu bangkit menuntut kerajaan yang bersih, kerajaan yang mahu dan mampu menjaga kebajikan mereka dan keluarga mereka.

 Kerajaan yang futuristik dan tidak boros menghabiskan wang rakyat tanpa memikirkan masa depan mereka.

Wakil rakyat berjalan bersama mengiktirafkan hak dan isu wanita yang perlu diangkat dan diketengahkan. Kerajaan yang memberi perhatian kepada pembangunan wanita dan keluarga sesungguhnya akan menuai hasilnya masa depan yang lumayan.

 Kualiti keinsanan wanita menentukan kualiti generasi akan datang.

Wanita UMNO Selangor SETIA bersama SHAHRIZAT walaupun……

In Uncategorized on March 23, 2012 at 5:02 am
‘PM seru Wanita bersama Shahrizat’
Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.

azlan“Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

“Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya,” kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat – yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation – sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.

Ikrar taat setia esok
Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.

“Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.

shahrizat taman desa pc resign resignation step down 110312“Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.

“Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.

“Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor,” ujarnya.

Masalah tidak cukup GURU di seluruh Malaysia

In Uncategorized on March 22, 2012 at 8:22 pm
Kenyataan akhbar EXCO PENDIDIKAN SELANGOR tentang kekurangan guru di SJKC
22.3.12
Saya selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor mengalu-alukan pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong semalam tentang PENGISIAN SERTA MERTA kekosongan guru di 1294 SJKC di seluruh negara dengan guru interim. Semoga dengan tindakan pantas itu mampu menyelesaikan masalah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran Cina ini.
Namun, saya berpendapat KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sepatutnya bertindak dengan cara yang lebih professional dan sistematik. Bukan kerana setelah persatuan-persatuan aktivis sekolah Cina ini bersiap untuk membuat bantahan besar-besaran sahaja barulah Kementerian Pelajaran bertindak.(Saya sendiri mendapat jemputan rasmi dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia selain diminta mewakili PAS Pusat- rujuk lampiran)
Kewibawaan kementerian pelajaran yang dikuasai oleh Timbalan PM sendiri sentiasa dipertikaikan sekiranya isu-isu utama mengenai pendidikan di Malaysia tidak diurus dengan baik dan telah diakui oleh banyak pihak sebagai perkara yang memerlukan ‘overhaul’/kajian tuntas bukan sentiasa ‘fire fighting’ yang membuang masa dan wang rakyat.
Contoh
Apabila pelbagai pihak membantah dan ada yang pro PPSMI, barulah mahu dikaji dan berdialog.Baru nak jemput pelbagai pihak. Kementerian perlu membuat kajian yang menyeluruh tentang segala keperluan dalam pendidikan. Kerajaan Malaysia perlu bedahsiasat secara jujur sistem pendidikan yang diguna pakai selama ini. Adakah berkesan? Adakah relevan? Paling penting hasil pendidikan itu sendiri. Mana hala tuju mahu dibawa rakyat Malaysia? Ada ‘roadmap’. Ada visi yang jelas. Ada misi mahu mencapai mercu kejayaan.
Mesti mengambilkira realiti dan kegagalan supaya tindakan tepat boleh diambil. Hakikat sistem pendidikan nasional tidak diterima oleh pelbagai kaum hingga semakin jauh daripada sistem sekolah kebangsaan perlu diterima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.Kementerian juga harus matang menerima kritikan membina daripada semua pihak tanpa dibatasi oleh fahaman dan ideologi politik yang berlainan. Untuk melahirkan satu formula  mendidik rakyat kementerian mesti bersifat inklusif dan memahami keperluan dan sensitiviti pelbagai golongan dalam negara.
PERLU HOLISTIK DAN PROAKTIF
Kementerian Pelajaran Malaysia dilihat terlalu pasif dan bersifat reaktif. Kementerian sentiasa dihantui dengan masalah-masalah yang timbul yang bersifat pokok atau fundamental kerana melibatkan dasar dan polisi. Bukan sekadar masalah implementasi atau perkara remeh dan bersifat teknikal.
Contoh
Keputusan  memulakan dasar PPSMI tanpa mempastikan SELURUH sekolah terutama sekali di luar bandar dan sekolah yang ramai pelajar miskin bandar menyebabkan jurang semakin melebar di antara anak orang berkemampuan dengan anak marhaen.Ini menyebabkan kemarahan ibubapa Melayu luar bandar dan miskin bandar.Begitu juga pelajar Cina dan India di SJKC dan SJKT masing-masing. Guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains yang mengajar di sekolah kurang cemerlang sendiri kurang kemampuan. Ini menatijahkan guru yang mengajar tanpa keyakinan.Natijahnya pembelajaran pelajar terjejas.Ini berlainan fenomena dengan ibubapa kelas menengah yang mampu menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang mahal dan diri mereka sendiri adalah terdidik melalui sistem Inggeris. Akhirnya masing-masing menentang satu sama lain. Bukankah gejala ini berlaku kerana kegagalan kementerian mencuba-cuba perkara yang baru dan menjadikan pelajar dan guru sebagai makmal kaji uji. Yang menjadi mangsa rakyat itu sendiri.
Dasar yang membebankan pelajar dengan membawa buku-buku yang berat ke sekolah dan menekankan mereka dengan peperiksaan yang menguji akademik bersifat hafalan semata-mata telah melahirkan pelajar yang mudah bosan dan benci belajar.Walhal proses belajar sepatutnya menyeronokkan. Barulah ia menjadi tabiat dan budaya sepanjang hayat.Semua ini perlu dikaji dengan teliti oleh kementerian pelajaran Malaysia.
Perbincangan yang mahu dilakukan seperti yang diuar-uarkan oleh Menterinya baru-baru ini MESTI menyeluruh dan diberikan masa untuk dihazam dan dibuat projek perintis dahulu. Jangan membazirkan duit rakyat dengan dasar yang tidak boleh bertahan lama.
GURU SEMUA JENIS SEKOLAH MESTI MENCUKUPI
Cukup bilang guru adalah antara faktor kritikal untuk menjayakan proses pendidikan masyarakat. Justeru, saya selaku EXCO Pendidikan Selangor juga menggesa kementerian pelajaran Malaysia mengkaji mana-mana sekolah yang kekurangan guru termasuk di sekolah agama mesti diisi segera supaya tidak ada gangguan kepada guru lain dan agar silibus boleh diselesaikan mengikut jadual dan pelajar sentiasa dibimbing oleh guru khusus dan perhatian mencukupi .
YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Kerajaan Selangor merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor
Merangkap
ADUN Selat Klang
(Merangkap
Timbalan Pengerusi
Biro Pendidikan PAS PUSAT)

GURU: Timb Menteri MCA umum selesaikan masalah kekurangan guru SJKC serta merta, Menteri UMNO bolehkah lihat semua sekolah?

In Uncategorized on March 22, 2012 at 6:10 am
Kekurangan guru SJKC disi serta-merta
Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
  
NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
  
Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara.
  
“Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
  
Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan.

“Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina,” katanya.
  
Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut.

Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa.

“Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred,” katanya.
  
Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu.

– Bernama

HUTANG NEGARA KRITIKAL BILA SAMPAI 55% KDNK, sekarang baru 53% kata MENTERI UMNO-BN

In Uncategorized on March 22, 2012 at 5:28 am
Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE“Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,” katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus,” kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.