drhalimahali

Archive for January, 2012|Monthly archive page

PERIHAL UMNO NUKILAN MANTAN ADUN PULAU MANIS aka SAKMONGKOL

In Uncategorized on January 31, 2012 at 9:05 pm

Umno parti rasuah

Sakmongkol AK47
January 31, 2012

Kawan kawan saya dalam Umno bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh Umno menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan Umno dan bukti Umno dan BN amat perihatin kepada rakyat?

Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang Umno dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 Umno.

Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, Umno selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.

Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga — yang jadi pagar yang memakan padi.

Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot-lot tanah di beri kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.

Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan, yang sepatutnya di beri kepada kepala keluarga, pemimpin kampung mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarganya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna lima ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham Felcra.

Nah, sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.

Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak fronts kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan-rakan dan ahli Umno. Jangan open up fronts terlalu banyak untuk orang membenci kita.

Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat? Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang di lakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan Umno yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapaatn kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya di lakukan melalui pejabat pejabat daerah. Kenapa wang tersebut di sampaikan oleh ketua bahagian Umno dan bakal-bakal calun dari komponen BN?

Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM500 ini menonjolkan bakal calun dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU 13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu outcome PRU tersebut.

Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin di kalahkan oleh rasuah Gerakan dan Umno.

Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini, ianya bukan lah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu-satunya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masaalah. Caranya ialah membayar sana sini. Itu dianya, cara parti Umno dan pemimpin tertingginya menyelesaikan masaalah.

Elok kita biarkan Umno mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti Umno yang sustain sokongan kepada nya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.

Saya mahu orang Melayu sedar bahawa Umno tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta Umno (Agama, Bangsa dan Tanah Air) sudah lama di singkirkan dan di gantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.

Adakah Umno berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?

Ianya hanya suatu metos yang di bina oleh pemimpin-pemimpin haprak Umno. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah Umno akan menjerit sana sini, bahawa hanya merekalah yang melindungi kepentingan bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air.

Berhentilah dari menipu bangsa Melayu.

Jika Umno berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majoritynya Melayu tapi mengapakah royalty minyak tidak di beri secara lansung kepada rakyat kedua negeri itu secara lansung?

Rakyat Kelantan di nafikan hak mendapat royalty hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang Umno sendiri tidak percaya kepada pemimpin Umno negeri untuk mengendali pemberian wang royalty minyak. Orang Umno tak percaya kepada orang Umno sendiri kerana mereka tahu, jika royalty minyak Terengganu di kendalikan oleh Mat Said dan geng-geng, wang tersebut akan masuk kedalam poket orang lain.

Makanya, Umno bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan. Pertama, orang Melayu yang di maksudkan oleh Umno itu tidak termasuk Melayu yang bukan dalam Umno. Melayu yang di maksudkan oleh Umno ialah Melayu dalam Umno itulah jua. Dalam kamus Umno orang Melayu hanya ahli Umno yang tiga juta itu sahajalah yang layak di gelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata — kepala bapak awaok! Maka bila orang Umno kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!

Kedua, daripada tiga juta ahli itu, Umno berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan Umno mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri dari yang sekabilah dengannya. Amalan ini di lakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatan nya diatas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

Dasar yang ada dan di amalkan oleh Umno ialah dasar Bumiputera — yang berada di hadapan mengaut dan memonopli segala hasil peuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT Umno dan putera-putera orang berkuasa dan bernama. Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang putera tanpa apa-apa selain dari memegang ***** sendiri. —

sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Perasmian NGO KAWAN Johor

In Uncategorized on January 30, 2012 at 5:35 am

Parit Pecah
Muar

Program Himpunan Generasi Bermaruah dan Perasmian NGO KAWAN, Pasukan Sukarelawan Pendidikan Rakyat. Dirasmi oleh Dato’ Abu Bakar Cik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.Turut hadir Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, YB Dr Hjh Halimah Ali yang membentang kertas kerja. Pengarah KAWAN En Mohamad Deraman membentang kertas kerja kedua tentang konsep KAWAN.
Ketua Dewan Ulamak dan Ketua Dewan Muslimat JOHOR, YDP PAS Muar, mantan calon DUN di situ sama- sama meraikan.
Pesrta dari Melaka dan Negeri Sembilan turut sama dalam pelancaran program.

ADUN SELAT KLANG khitan 16 orang kanak-kanak perempuan

In Uncategorized on January 29, 2012 at 8:44 am

 28.1.12
Kpg Sg Sireh
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang melaksanakan khittan anak perempuan siri ke 7 di Selat Klang. Kali ini upacara berlangsung di Surau Nurul Falah. Seramai 16orang kanak-kanak, majoritinya bayi tetapi ada yang berumur 8 tahun. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa tahlil untuk warga emas yang telah kembali ke rahmatullah yang diberi khairat kematian sebanyak RM1000 untuk fasa pertama.
Marhaban oleh kelab remaja SURAU HJ ABBAS Kpg Delek menghiburkan peserta ketika menunggu giliran untuk dikhitankan.

YB memangku seorang kanak-kanak yang bakal dikhitan

DR MUHAYA LEMBUT DALAM KEHIDUPAN

In Uncategorized on January 28, 2012 at 6:37 am

http://www.youtube-nocookie.com/v/I6XGi0s7wMU?version=3&hl=en_US&rel=0

Chua Soi Lek dreaming big? MCA making a comeback?!

In Uncategorized on January 28, 2012 at 5:43 am

MCA to drop 30pc of lawmakers, expects revival in GE13

January 27, 2012

Dr Chua said the MCA will remove its underperformers and field new faces in the coming general election. — Pictures by Jack Ooi

KUALA LUMPUR, Jan 27 — The MCA is to drop at least one-third of its lawmakers in the next general election where president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek believes the party can gain more than the dismal 15 federal seats it kept in Election 2008. The MCA president based his optimism on the belief that the Chinese community has returned to Barisan Nasional’s (BN) fold. Most Chinese, who mainly live in urban areas, swung to the opposition in the last general election.
Dr Chua stressed it was imperative the party throws out its underperformers and fields new faces, pointing out that a more discerning Chinese electorate now pays more attention to the quality of the candidate, apart from the party he or she represents.
“I’ve already said — within the party there is no such thing as bargaining,” the former health minister told The Malaysian Insider during an interview last week.
“It’s not to say the old ones are being forced to go — they are told politely that they have to give way to the younger ones,” he said.
But it is no secret that Dr Chua, who inherited a beleaguered MCA in 2009 after a fractious party election, has to work at breakneck speed to ensure his party survives the 13th general election, said to be drawing close.
The party president, who himself continues to be haunted by a scandalous past, is facing pressure from his BN partners, particularly the ruling Umno, to deliver the Chinese vote for the pact.
Since Election 2008, both parties have been at loggerheads numerous times as the MCA struggles to shake off talk of its subservience to Umno by demanding more slack for the Chinese community.
Despite its efforts, The Malaysian Insider understands that resentment remains in Umno’s circles that the Chinese-based party would still have to rely heavily on Umno’s supporters, the ethnic Malay voters, to win in most seats.
The MCA suffered its worst electoral performance in 2008 and was nearly wiped out of Parliament when its representation was slashed by half, from 31 to just 15 seats.
It performed no better in the statewide polls, clinching merely 31 seats. In Perak, the MCA’s representation dwindled to just one state assembly seat.
In the series of by-elections held after Election 2008, BN and the MCA noticeably failed to clinch the Chinese vote. During the Sarawak state election last year, the Chinese community flooded the ballot boxes with votes for the opposition, resulting in the DAP trouncing BN in a whopping 12 out of 15 seats.
But Dr Chua said the tide has likely changed and his party’s unpublicised, internal surveys have proven it.
Voter confidence from among the Chinese community, he said, has increased towards both the MCA and the BN, buoyed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s inclusive and transformative policies.
“We have confidence that we will do better than the last general election.
“This confidence is based on the fact that we have done many studies, which we have never disclosed and the studies have shown that although the opposition may rubbish us, (but) the Chinese are all very pragmatic people… They know that while the BN is not a perfect government, including MCA, they also know that the alternative is not in any way better,” he said.
The federal opposition of Pakatan Rakyat (PR), he added, was merely good at boasting its successes and basking in publicity.
“But they (the opposition) have the advantage of the fact that they are not in power… so people are aware that they can promise anything but they cannot deliver and in fact, they don’t need to deliver,” he said.
Dr Chua said the first study conducted by the MCA was in May 2009, shortly after he was first elected party president.
The nationwide survey, he said, returned dismal results on Chinese voter confidence towards the BN, with some states showing as low as 12 per cent in terms of the community’s support.
But in May last year, Dr Chua said, the same survey returned promising results, even in opposition fortresses like Penang.
He said in some constituencies, particularly in BN’s stronghold of Johor, voter support varied between a low of 15 per cent and a high of 50 per cent, depending on the candidate.
“I’m glad to say that it has gone up, Chinese support, even in Penang.
“But whether this support is strong enough to tilt the balance, we don’t know… because they say in politics, one night is a long night,” Dr Chua said.
Buoyed by the feel-good factor following PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy acquittal and cash handouts from Budget 2012, it is widely expected that Najib will call for snap polls within months, ahead of his mandate expiring in 2013

Perincian keputusan SMA, SMATQ yang diisytihar oleh EXCO Pendidikan Selangor

In Uncategorized on January 28, 2012 at 5:27 am

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
& SIJIL MENENGAH AGAMA TAHFIZ AL QURAN (SMATQ)
TAHUN 2011
1.           Bilangan keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan SMA bagi tahun 2011 ialah seramai 3,042 orang berbanding 2,822 orang pada tahun 2010.
2.           Bilangan calon SMA dari Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor yang terdiri daripada Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi ialah seramai  2,712 orang  manakala  bilangan  calon dari Sekolah Swasta seramai 330 orang.
3.           Pada Tahun 2011 ini  juga seramai  55 orang pelajar  dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor  telah menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) dan  merupakan tahun pertama bagi peperiksaan tersebut.
4.           Keputusan keseluruhan peperiksaan SMA tahun 2011 bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor  ialah 86.8 %  berbanding 80.2%  pada tahun 2010, meningkat sebanyak 6.6%.
5.           Keputusan keseluruhan peperiksaan SMA tahun 2011 bagi Sekolah Swasta ialah 73.9% berbanding 73.4% pada tahun 2010, meningkat sebanyak  0.5%.
6.           Keputusan keseluruhan Peperiksaan SMATQ ialah 100% .
7.           BILANGAN CALON SMA YANG MENDAPAT :
BIL
PANGKAT
CALON 2011
CALON 2010
PRESTASI
BIL
%
BIL
%
1
MUMTAZ
(Cemerlang)
680
22.4%
256
9.1%
Meningkat
13.3%
2
JAYYID JIDDAN
(Sangat Baik)
881
29.0%
839
29.7%
Menurun
0.7%
3
JAYYID
(Baik)
565
18.6%
636
22.5%
Menurun
3.9%
4
MAQBUL
(Lulus)
472
15.5%
531
18.8%
Menurun
3.3%
5
RASIB
(Gagal)
444
14.6%
560
19.8%
Menurun
5.2%
8.           KEPUTUSAN KESELURUHAN MATAPELAJARAN SMA  :
BIL
MATAPELAJARAN
CALON 2011
CALON 2010
PRESTASI
AMBIL
LULUS
PERATUS
AMBIL
LULUS
PERATUS
1
BAHASA ARAB 1
3,038
2,313
76.1%
2,819
2,072
73.5%
(+) 2.6%
2
BAHASA ARAB 2
2,944
2,571
87.3%
2,818
2,156
76.5%
(+) 10.8%
3
FEQAH / TAUHID
3,038
2,513
82.7%
2,817
2,260
80.2%
(+) 2.5%
4
TAFSIR / HADIS
3,039
2,276
74.9%
2,822
1,998
70.8%
(+) 4.1%
5
HAFAZAN &  TILAWAH
3,042
3,042
100.0%
2,822
2,822
100.0%
     
9.           BILANGAN CALON SMATQ  YANG MENDAPAT :
BIL
PANGKAT
CALON 2011
BIL
%
1
MUMTAZ
(Cemerlang)
5
9.09 %
2
JAYYID JIDDAN
(Sangat Baik)
35
63.64 %
3
JAYYID
(Baik)
14
25.45%
4
MAQBUL
(Lulus)
1
1.82 %
5
RASIB
(Gagal)
0
0 %
10.       KEPUTUSAN KESELURUHAN MATAPELAJARAN SMATQ  :
BIL
MATAPELAJARAN
CALON 2011
AMBIL
LULUS
PERATUS
1
MANHAJUL QURAN
55
55
100  %
2
HIFZUL QURAN
55
53
96.4 %
3
TAJWID
55
55
100 %
4
QURAN SYAFAWI
55
55
100 %
11. KATEGORI SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR :
      4 buah sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) :
          1.   SEK. AGAMA MEN. BESTARI USJ SUBANG JAYA :
        100  %
        GPS    1.24
          2.   MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI
                ISTANA BANDA :
        100  %
        GPS    1.55
  3.  SEK. AGAMA MEN. TINGGI SULTAN HISAMUDDIN
       JALAN KOTA RAJA KLANG
        98.7 %
        GPS    1.90
4.  SEK. AGAMA MEN. TENGKU AMPUAN JAMAAH
     SEKSYEN 11 SHAH ALAM
      98.1 %
      GPS    1.91
   
12.   KATEGORI SEKOLAH SWASTA :
        Sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) :
1.    SEK. MEN. AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
      100 %
      GPS    1.13 
    
13.    Pelajar Cemerlang SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2011   :
        A- KATEGORI SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR:
          Lelaki           :  AHMAD MARWAN BIN MOHD MAHALI
                                 SAMT SULTAN HISAMUDDIN JALAN KOTA RAJA
                                  KLANG.
                                 Pencapaian   :  98.2 %
          Perempuan   :  UMMI SYAHIDA BT SULAIMAN
                                  SAMT SULTAN HISAMUDDIN JALAN KOTA RAJA
                                  KLANG.
                                  Pencapaian   :  98.4 %
         
       B –  KATEGORI SEKOLAH SWASTA  :
Lelaki          :  AHMAD AHNAF BIN KASYFUN NAZIR
                                       SEK. MEN. AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM
                                        WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
                                        Pencapaian   :  99 %
                Perempuan : 1)   ZUR’AAINAA BINTI JAMALLUDIN
                                            SEK. MEN. AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM
                                            WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
                                            Pencapaian   :  99 %
                                     2)   AINI SHAHIRAH BINTI SAHARUDDIN
                                            SEK. MEN. AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM
                                            WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
                                            Pencapaian   :  99 %
14.   Pelajar Cemerlang SIJIL MENENGAH AGAMA TAHFIZ AL QURAN
        (SMATQ)  2011 :
       
         Lelaki       :   MUHAMMAD NOR HATTA BIN SALIM
                              MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI
                              ISTANA BANDA BANTING KUALA LANGAT
                              Pencapaian   :  90.5 %
        Perempuan :  AIN NAJIHAH BINTI MOHD NAJIB ALPUAD
                                MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI
                                ISTANA BANDA BANTING KUALA LANGAT
                                Pencapaian   :  93 %

EXCO Pendidikan Selangor isytihar keputusan SMA, SMATQ

In Uncategorized on January 27, 2012 at 8:02 am

 SHAH ALAM
26.1.12

Prestasi sekolah yang mengambil peperiksaan SMA semangkin meningkat di seulurh Selangor. Bilangan pelajar yang lulus peringkat cemerlang(mumtaz)juga semakin ramai dan jumlah rasib atau gagal berkurangan.

Dalam ucapan beliau, YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan mengingatkan pelajar, guru-guru dan kakitangan JAIS bahawa pencapaian SMA hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan hakiki kerana skop pembelajaran mencakupi keperluan hidup di dunia hingga akhirat.
Beliau menegaskan pelajar yang diterima masuk ke sekolah JAIS samada SABK dan Maahad Tahfiz merupakan pelajar yang memang sudah terpilih dan berpotensi untuk mencapai yang terbaik dalam apa-apa bidang. Beliau berharap JAIS dan sekolah mampu memberi perhatian kepada 5 elemen SPIES bagi membantu hasrat kerajaan Selangor mahu mengehsankan insan di Selangor Darul Ehsan.

ADUN SELAT KLANG raikan kaum Tionghua Telok Pulai

In Uncategorized on January 27, 2012 at 7:35 am

26.1.12
Perkarangan
PEJABAT ADUN SELAT KLANG

JLN SG BERTIH, KLANG

Majlis ringkas sumbangan angpau kepada warga emas, miskin dari kawasan Telok Pulai dan Sg Bertik di adakan bagi meraikan golongan ini. Hampir 200 orang menerima angpau daripada ADUN SELAT KLANG.

Suasana amat riang dan semua kelihatan amat mesra dengan ADUN. Angpau diberi sebagai tanda ingatan kepada golongan yang lazimnya terpinggir ini. Sedikit sentuhan memberi impak besar kepada mereka yang dahagakan perhatian dan layanan istimewa.

Mereka nampaknya tidak janggal bergaul dengan orang PAS dan PAKATAN RAKYAT.
Turut hadir, Ahli Majlis MPK, Hj Jamaluddin, PA ADUN Selat Klang Hj Kamaludin, Hj Bakir(PKR), Ketua kampung , pimpinan PAS Selat Klang dan PKR serta DAP, Pengerusi Persatuan Penduduk Telok Pulai, Loo Hock Chai.

S.P.I.E.S Setiausaha dirasmi penutup oleh YB ZAILAH

In Uncategorized on January 26, 2012 at 6:30 am


 SHAH ALAM

Untuk menjadi setiausaha yang cekap dan berkesan serta segala usahanya diredhai oleh Allah swt, semua setiausaha perlu menyenarai semak elemen S.P.I.E.S dirinya sebagai insan.

Menurut model pembangunan insan S.P.I.E.S ini, aspek rohani atau spiritualnya mesti diberi fokus agar sentiasa segar berfungsi. Setiausaha yang menjadi tulang belakang sesebuah organisasi ( analogi YB SITI ZAILAH) mesti melakukan tazkiyatul nafsu setiap hari.Jiwa mesti bersih, barulah elemen kedua keinsanannya, iaitu fizikal bertenaga untuk bertindak.Hati yang segar keehsanannya akan mendorong segala modal atau asset anggota badannya untuk berfungsi dengan terbaik.Rajin, produktif akan terhasil daripada padanan jiwa ikhlas dan pemberdayaan jasad ini. Surat mudah ditulis, notis kesyuarat mudah dibereskan.Minit mesyuarat tersiap pantas.Maklumat penting cepat disampaikan. Ketua sudah diingatkan segala yang telah dipersetujui dan input baru yang perlu diketahui.
Pembangunan intelek(I) setiausaha amat kritikal untuk melahirkan setiausaha yang mampu berfikir secara kritikal, analytikal untuk memahami insiden yang berlaku, agar peka dengan keadaan sekeliling dan agar perjalanan organisasi lancar.Setiausaha juga perlu melatih diri berfikiran kreatif untuk berupaya menyelesaikan masalah.

   Untuk berjaya menjaga keharmonian warga organisasinya, beliau harus berfikiran lateral supaya dapat menerima kepelbagain pendapat, cara kerja dan segala yang boleh mencetsukan ketegangan dalam institusi.

Ketiga-tiga elemen ini tidak mampu melahirkan setiausaha yang diidamkan sekiranya beliau tidak berupaya untuk mengendali emosi. Jenis kerja setiausaha sudah tentu perlu berurusan dengan pelbagai manusia untuk mencapaikan matlamat organisasi tersebut. Beban kerja serta karenah ahli selain daripada tekanan dari keluarga menuntut beliau mempunyai skil ‘membaca’ situasi diri dan keadaan dan juga ilmu untuk menguasai ledakan emosi yang boleh menatijahkan pecah belah dalam organisasi dan salah tanggapan dek emosi yang menggelabukan.Justeru semua setiausaha perlu membangunkan elemen emosi(E) untuk menggalas tugas kesetiausahaan.
Akhir sekali, untuk menjadi setiausaha yag boleh diterima ramai, beliau harus mengasah skil berkomunikasi dan berinteraksi sesama insan dan juga menurut keperluan sesuatu agensi atau badan lain untuk membina jaringan luas dan berstrategi organisasi beliau.Inilah dimaksudkan dengan pembangunan skil sosial(S) dalam logo SPIES.
Kelima-lima elemen teras ini perlu dibangun secara sinergi untuk melahirkan SETIAUSAHA CEMERLANG insyaallah.

Yayasan Selangor melahirkan pelajar cemerlang: sekolah agama amat menyerlah

In Uncategorized on January 25, 2012 at 7:38 am

 21.1.12
KEM BINA SEMANGAT,
AMPANG PECAH,
KUALA KUBU BARU

Sesuai dengan nama kemnya , Yayasan Selangor membuat perubahan untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang dibiayainya.
Dewan dipenuhi oleh pelajar cemerlang yang menerima anugerah pelbagai kategori bersama keluarga, wakil pengetua sekolah-sekolah,dan warden asrama.

 Pelajar-pelajar yang ditaja oleh Yayasan Selangor melalui rancangan khas pendidikan adalah daripada  golongan miskin di luar bandar dan diberi bantuan pendidikan oleh Yayasan Selangor bagi mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dengan pencapaian pendidikan yang tinggi.

Paling menarik ialah apabila Yayasan Selangor merubah fokus daripada hanya tertumpu selama 40tahun ke sekolah-sekolah di bandar raya Kuala Lumpur yang bersifat sekular,mulai 2009 EXCO Pendidikan Selangor meminta Yayasan Selangor memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah terbaik di Selangor sendiri termasuk sekolah -sekolah agama yang lazimnya adalah sekolah terpilih kerana dinilai melalui dua sukatan iaitu UPSR dan sukatan agama PSRA.

 Ternyata perubahan ini membuat kejutan kepada Yayasan Selangor sendiri kerana pelajar mereka yang mencapai keputusan terbaik rupa-rupanya daripada sekolah-sekolah agama. Bahkan lebih baik keputusan pelajar dari sekolah agama ini daripada sekolah-sekolah yang ternama yang telah lama menerima habuan kerana bergelar dan ber’jenama’.
Ini boleh mengikiskan ‘inferiority complex’ di kalangan institusi yang menguruskan hal ehwal pendidikan tentang status sekolah aliran agama.
Majlis dirasmikan oleh YAB MB Selangor. Turut hadir EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali dan Pengurus Besar Yayasan Selangor serta wakil jabatan pelaran Selangor dan Wilayah